Followers

Wednesday, January 26, 2011

Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta Za'ba

Pertandingan Tenpin Boling ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya. Pertandingan akan dijalankan di Indah Parade, Mega Lanse. Terbuka kepada seluruh warga UKM.

Tarikh : 3 Mac 2011 
Hari : Khamis
Tempat : Indah Parade, Mega Lanse, Kuala Lumpur.
Bayaran peserta : Yuran pertandingan + t-shirt = RM70
Acara : Trio
Hadiah : Wang tunai + Medal

"Sukan Menjana Hubngan Insan"

Penyelaras Program : Nur Hidayah

Friday, January 7, 2011

Creative cupcakes





Merupakan satu program yang dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teknik membuat cupcake ini serta turut berpeluang menghiasnya mengikut kreativiti mereka. Seorang demonstrator yang mahir dalam bidang ini akan turut serta bagi mengajar para peserta. Peserta akan dibekalkan dengan semua bahan-bahan bagi membuat cupcake ini serta turut diberi goodies bag untuk dibawa pulang. untuk menyertai program ini, yuran penyertaan yang akan di kenakan hanya sebanyak RM10. Peserta juga boleh membawa pulang cupcake yang telah dibuat. Sijil juga akan diberikan kepada peserta. Voucher Spa turut akan diberikan bagi setiap peserta yang hadir.

                                                  Tempat  : Bilik TV, Kolej Pendeta Za'ba
                                                  Masa     : 2.00 - 5.00 ptg
                                                  Anjuran  : Krew KAPREZA'11


TERBUKA UNTUK SEMUA !!!!
Penyelaras program : Sara Maira

Explore-UKM


Explore-UKm adalah pertandingan yang seakan-akan program Explorace. Program ini akan menerap unsur-unsur budaya di dalamnya. Penyertaan daripada pelbagai bangsa untuk setiap kumpulan adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Program ini akan dijalankan disekitar kolej pendeta za'ba, fakulti teknologi & sains maklumat, & sekitar fakulti kejuruteraan. Program ini mendapat sambutan yg hangat semasa KAPREZA'10 tahun lepas. 


Tarikh : 6 Mac 2011
Masa : 8 pagi -12 tgh
Tempat : Sekitar UKM 
Yuran: RM20 untuk 5 orang satu kumpulan


Penyelaras Program : Azah Atan

Monday, January 3, 2011

Ride for Fun

Tujuan diadakan Ride for Fun sebagai aktiviti riadah yang mampu memupuk sifat kekeluargaan. Mahasiswa/i yang tidak pernah menaiki kuda ataupun melihat kuda dapat bergambar serta menaiki kuda di kawasan kolej.


Tema : "BE A COWBOY RIDE WITH A JOY!"
Yuran menaiki kuda : RM5
Yuran bergambar dengan kuda : RM1



Penyelaras Program : Azie

Bengkel Fotografi





Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai seni fotografi, teknik-teknik penggambaran, aplikasi peralatan penggambaran dan sebagainya. Selain itu, pertandingan fotografi terbaik akan diadakan pada penghujung bengkel apabila para peserta diminta untuk menghantar beberapa keping gambar yang diambil semasa bengkel diadakan.

Penyelaras Program : Queraiza Azwa

Wednesday, December 29, 2010

Beriadah di Ulu Yam

Seminggu selepas berkampung, krew2 Kapreza beriadah bersama para pemantau di Ulu Yam..























Tuesday, December 28, 2010

Serba sedikit tentang Kapreza '11

TEMA
“Transformasi Menjana Kegemilangan”

ANJURAN
Biro Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

TARIKH DAN MASA
Tarikh                          : 18 - 20 Februari 2011
Masa                           : 8.00 pagi hingga 11.00 malam
 
TEMPAT
Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, December 13, 2010

Pengenalan KAPREZA'11

Karnival Premier Za’ba 2010 (KAPREZA 2011) merupakan projek anjuran Biro Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Projek yang telah memasuki tahun keenam ini berkonsepkan hari keluarga dan telah menjadi satu tradisi bagi komuniti Kolej Pendeta Za’ba.  Selain itu juga, ia merupakan acara tahunan yang sentiasa dinantikan.  Justeru, untuk tahun 2011, dengan tema yang tersendiri, temasya KAPREZA akan dilangsungkan dengan matlamat utamanya iaitu untuk mengeratkan hubungan di antara warga Kolej Pendeta Za’ba yang berbilang kaum sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba khususnya untuk merasai satu pengalaman berorganisasi disamping membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.  Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri dalam karnival ini dapat memangkin potensi mereka demi kejayaan masa hadapan.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk membentuk pemikiran dan penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran di peringkat tempatan serta global.