Followers

Thursday, February 24, 2011

Baju Kapreza'11


untuk tempahan sila hubungi
azimah zainul, 013-6384762..

Monday, February 21, 2011

Nightfall Shimmer & Glam


terbuka kepada kaum wanita dan juga lelaki

individual - RM 10.
partners - RM 15.

pendaftaran : 11 pagi -12 tengahari

bermula 12 tengahari hingga 5 petang
sila datang menepati masa

pengangkutan disediakan bagi pelajar UKM Bangi

akan ada selebriti yang memeriahkan suasana

makanan disediakan

goody bags untuk setiap peserta
dan 60 peserta terawal akan mendapat free gifts!!


terhad kepada 150 orang sahaja

bengkel akan dikendalikan oleh
Cosmopolitan Mag, Cleo Mag, & L'oreal Paris
kepada peserta luar UKM
bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran

sesiapa yang berminat
sila hubungi Nabiha - 019-3158166

Tuesday, February 15, 2011

Extreme Games


Memberi pendedahan mengenai sukan-sukan extreme bagi memupuk semangat bersukan dalam kalangan peserta. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Paintball dan Archery. Bertempat di gelanggang sukan KPZ.

Penyelaras Program : Farah Hanim

Riadah Warisan



Program ini terbuka kepada semua warga UKM untuk menghayati dan mencuba permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang secara turun temurun. Pengenalan kepada permainan tradisional adalah untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut disamping memberi keseronokan dan juga kenangan terindah zaman kanak-kanak para peserta itu sendiri. Program ini berbentuk pertandingan dan akan berlangsung di sekitar KPZ.


Penyelaras Program : Wan Nor Syazana

Ceramah Cegah Jenayah



Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta program mengenai kepentingan keselamatan diri dan cara-cara untuk menghadapi apabila sesuatu kecemasan itu berlaku secara tiba-tiba. Penceramah akan dibawa khas dari Cyber Security (MOSTI).


Penyelaras Program : Fazlyana

Bon Appetite


Program ini adalah program yang berunsurkan sukaneka yang diwujudkan untuk menguji ketahanan fizikal para peserta dalam menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan. Makanan yang bakal disaji adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat yang berbeza. Pemenang akan diberi gelaran RAJA MAKAN.

Penyelaras Program : Sha

Graffiti Art



Pertandingan ini menumpukan kepada budaya remaja masa kini untuk melatih dan mencungkil bakat mereka dalam seni grafiti iaitu sejenis seni moden yang dipraktikan pada masa kini. Program ini dapat menarik minat para remaja untuk mendapatkan lebih pendekatan dan pengalaman. Program ini akan berlangsung di sekitar Dataran Dinamis.

Penyelaras Program : Atiqah 

Star Kids





Pertandingan ini adalah bagi mencari bakat dalam kalangan si cilik dari sekolah-sekolah serta tadika-tadika berdekatan. Antara segmen yang turut dimuatkan adalah peragaan pakaian dan juga pertandingan mewarna serta melukis. Pertandingan Permata hati merupakan pertandingan wajah seiras dimana ibu bapa boleh menghantar gambar mereka bersama anak-anak. Wajah ibu bapa dan anak-anak yang paling seiras akan menjuarai pertandingan ini. Program ini juga dapat menarik kunjungan masyarakat sekitar khususnya ibu bapa.  Bertempat di Pentas Utama dan Dataran Dinamis, KPZ. 


Penyelaras Program : Fatin

Perang Sudip






Program memasak ini bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dalam mengendalikan peralatan memasak serta bahan makanan para peserta perlu menyediakan satu hidangan dalam masa yang telah ditetapkan. Bahan utama yang disediakan bersesuaian dengan tema pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertempat di Foyer, KPZ. Mari sertai beramai-ramai!!


Penyelaras Program : Nurul Jehan