Followers

Thursday, March 3, 2011

Battle of the Band



Peserta-peserta dinilai mengikut aspek penampilan, cara persembahan bakat dan kebolehan untuk mendapat markah bakat yang tinggi pada malam program diadakan. Pertandingan ini akan diadakan di Pentas Utama, Dataran Dinamis KPZ. Penyertaan telah penuh.

Penyelaras Program : Abu Bakar (Burn)

Forum Perdana Pemilik Cintaku selepas Allah & Rasul


Membincangkan isu-isu akademik, semasa dan juga sosial bagi menjana minda hadirin.tajuk yang akan diketengahkan dalam forum ini ialah ‘Pemilik cintaku...setelah Allah dan Rasul’. Antara ahli panel yang dijemput ialah Ustazah Asni, Ustaz Mohd Ajib dan Ustaz Mohd Ansarullah. Forum ini akan diadakan di pentas utama dan di dataran dinamis KPZ.

Penyelaras Program : Nurainisyamimi

Saksikan Persembahan Artis di Malam Perasmian Penutup KAPREZA '11 !!!

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KAPREZA'11 DI DATARAN DINAMIS KOLEJ PENDETA ZABA PADA 6 MAC 2011 JAM 10.00 MALAM !!!

AZHARINA

NASH

6IX SENSE

NUBHAN

RINI AF7

KAPREZA'11 semakin hampir !!!!

Pada 3-6 mac 2011 di Kolej Pendeta Za'ba UKM akan diadakan pelbagai program menarik..
selain itu, turut ditampilkan 5 artis sekali gus..
Azharina, Nubhan, Rini AF7, Nash & Sixthsense..
Jangan lepaskan peluang..
Pelbagai hadiah menarik menanti anda..:)



Thursday, February 24, 2011

Baju Kapreza'11


untuk tempahan sila hubungi
azimah zainul, 013-6384762..

Monday, February 21, 2011

Nightfall Shimmer & Glam


terbuka kepada kaum wanita dan juga lelaki

individual - RM 10.
partners - RM 15.

pendaftaran : 11 pagi -12 tengahari

bermula 12 tengahari hingga 5 petang
sila datang menepati masa

pengangkutan disediakan bagi pelajar UKM Bangi

akan ada selebriti yang memeriahkan suasana

makanan disediakan

goody bags untuk setiap peserta
dan 60 peserta terawal akan mendapat free gifts!!


terhad kepada 150 orang sahaja

bengkel akan dikendalikan oleh
Cosmopolitan Mag, Cleo Mag, & L'oreal Paris
kepada peserta luar UKM
bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran

sesiapa yang berminat
sila hubungi Nabiha - 019-3158166

Tuesday, February 15, 2011

Extreme Games


Memberi pendedahan mengenai sukan-sukan extreme bagi memupuk semangat bersukan dalam kalangan peserta. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Paintball dan Archery. Bertempat di gelanggang sukan KPZ.

Penyelaras Program : Farah Hanim

Riadah Warisan



Program ini terbuka kepada semua warga UKM untuk menghayati dan mencuba permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang secara turun temurun. Pengenalan kepada permainan tradisional adalah untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut disamping memberi keseronokan dan juga kenangan terindah zaman kanak-kanak para peserta itu sendiri. Program ini berbentuk pertandingan dan akan berlangsung di sekitar KPZ.


Penyelaras Program : Wan Nor Syazana

Ceramah Cegah Jenayah



Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta program mengenai kepentingan keselamatan diri dan cara-cara untuk menghadapi apabila sesuatu kecemasan itu berlaku secara tiba-tiba. Penceramah akan dibawa khas dari Cyber Security (MOSTI).


Penyelaras Program : Fazlyana

Bon Appetite


Program ini adalah program yang berunsurkan sukaneka yang diwujudkan untuk menguji ketahanan fizikal para peserta dalam menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan. Makanan yang bakal disaji adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat yang berbeza. Pemenang akan diberi gelaran RAJA MAKAN.

Penyelaras Program : Sha

Graffiti Art



Pertandingan ini menumpukan kepada budaya remaja masa kini untuk melatih dan mencungkil bakat mereka dalam seni grafiti iaitu sejenis seni moden yang dipraktikan pada masa kini. Program ini dapat menarik minat para remaja untuk mendapatkan lebih pendekatan dan pengalaman. Program ini akan berlangsung di sekitar Dataran Dinamis.

Penyelaras Program : Atiqah 

Star Kids





Pertandingan ini adalah bagi mencari bakat dalam kalangan si cilik dari sekolah-sekolah serta tadika-tadika berdekatan. Antara segmen yang turut dimuatkan adalah peragaan pakaian dan juga pertandingan mewarna serta melukis. Pertandingan Permata hati merupakan pertandingan wajah seiras dimana ibu bapa boleh menghantar gambar mereka bersama anak-anak. Wajah ibu bapa dan anak-anak yang paling seiras akan menjuarai pertandingan ini. Program ini juga dapat menarik kunjungan masyarakat sekitar khususnya ibu bapa.  Bertempat di Pentas Utama dan Dataran Dinamis, KPZ. 


Penyelaras Program : Fatin

Perang Sudip






Program memasak ini bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dalam mengendalikan peralatan memasak serta bahan makanan para peserta perlu menyediakan satu hidangan dalam masa yang telah ditetapkan. Bahan utama yang disediakan bersesuaian dengan tema pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertempat di Foyer, KPZ. Mari sertai beramai-ramai!!


Penyelaras Program : Nurul Jehan

Wednesday, January 26, 2011

Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta Za'ba

Pertandingan Tenpin Boling ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya. Pertandingan akan dijalankan di Indah Parade, Mega Lanse. Terbuka kepada seluruh warga UKM.

Tarikh : 3 Mac 2011 
Hari : Khamis
Tempat : Indah Parade, Mega Lanse, Kuala Lumpur.
Bayaran peserta : Yuran pertandingan + t-shirt = RM70
Acara : Trio
Hadiah : Wang tunai + Medal

"Sukan Menjana Hubngan Insan"

Penyelaras Program : Nur Hidayah

Friday, January 7, 2011

Creative cupcakes





Merupakan satu program yang dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teknik membuat cupcake ini serta turut berpeluang menghiasnya mengikut kreativiti mereka. Seorang demonstrator yang mahir dalam bidang ini akan turut serta bagi mengajar para peserta. Peserta akan dibekalkan dengan semua bahan-bahan bagi membuat cupcake ini serta turut diberi goodies bag untuk dibawa pulang. untuk menyertai program ini, yuran penyertaan yang akan di kenakan hanya sebanyak RM10. Peserta juga boleh membawa pulang cupcake yang telah dibuat. Sijil juga akan diberikan kepada peserta. Voucher Spa turut akan diberikan bagi setiap peserta yang hadir.

                                                  Tempat  : Bilik TV, Kolej Pendeta Za'ba
                                                  Masa     : 2.00 - 5.00 ptg
                                                  Anjuran  : Krew KAPREZA'11


TERBUKA UNTUK SEMUA !!!!
Penyelaras program : Sara Maira

Explore-UKM


Explore-UKm adalah pertandingan yang seakan-akan program Explorace. Program ini akan menerap unsur-unsur budaya di dalamnya. Penyertaan daripada pelbagai bangsa untuk setiap kumpulan adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain. Program ini akan dijalankan disekitar kolej pendeta za'ba, fakulti teknologi & sains maklumat, & sekitar fakulti kejuruteraan. Program ini mendapat sambutan yg hangat semasa KAPREZA'10 tahun lepas. 


Tarikh : 6 Mac 2011
Masa : 8 pagi -12 tgh
Tempat : Sekitar UKM 
Yuran: RM20 untuk 5 orang satu kumpulan


Penyelaras Program : Azah Atan

Monday, January 3, 2011

Ride for Fun

Tujuan diadakan Ride for Fun sebagai aktiviti riadah yang mampu memupuk sifat kekeluargaan. Mahasiswa/i yang tidak pernah menaiki kuda ataupun melihat kuda dapat bergambar serta menaiki kuda di kawasan kolej.


Tema : "BE A COWBOY RIDE WITH A JOY!"
Yuran menaiki kuda : RM5
Yuran bergambar dengan kuda : RM1



Penyelaras Program : Azie

Bengkel Fotografi





Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai seni fotografi, teknik-teknik penggambaran, aplikasi peralatan penggambaran dan sebagainya. Selain itu, pertandingan fotografi terbaik akan diadakan pada penghujung bengkel apabila para peserta diminta untuk menghantar beberapa keping gambar yang diambil semasa bengkel diadakan.

Penyelaras Program : Queraiza Azwa